Sunday, 11 September 2011

Rindu Lagi

Ramadhan dah berlalu dan Syawal sudah hampir pertengahan.Sibuk di bulan Ramadhan dan kemeriahan menanti Syawal sudah berlalu.Kini saya rindu lagi.Saya dan suami seronok menanti anak-anak balik beraya dan kini rumah kembali lengang.Hari keenam Syawal anak ketiga Noor Hakimah balik ke Perlis.Dia memandu ditemani kawan-kawan.Hati saya tidak lah risau sangat,namun perjalanan yang panjang dan memenatkan.Bila dia dah sampai hati pun lega.Hari ketujuh Syawal anak bongsu saya Najib balik ke kampus di UiTM Machang.Jaraknya tidak lah jauh.Kali ini dia mohon untuk bawa kereta Kancil Merah Jambu.Bila ditawarkan dulu dia bermati-matian tidak mahu bawa.Katanya tidak macho la dan macam-macam.Dia sangat manja dan hati saya mula bertambah rindunya.Sepuluh Syawal anak keempat saya akan balik ke Wellington.Kejutan bulan puasa dulu begitu cepat dan dia akan kembali semula menyambung pengajian.bertimbun lah rindu saya yang tidak berpenghujung.Kami hantar dia ke airport KB.Hati berbaur sayu cuma kali ini saya tidak menangis.Saya melihat dia dengan kematangan.Namu hati saya ditimbuni rindu yang menggunung.Saya doakan perjalannya dirahmati Allah dan selamat sampai.Bila dia sms sampai ke Chrischuch saya dah tidak risau sangat.Kini saya ada anak sulung dan kedua dirumah.Saya rasa seronok keran kesunyian kami masih boleh dibendung.Saya tahu yang anak kedua saya tu-Nurul Bazilah terlalu bosan sangat dengan masa terluang yang melimpah ruah.Saya seronok dia ada dikeliling saya.Nanti apabila dah bekerja sukarlah saya untuk mempunyai masa bersamanya.sata syukuri hidup ini kerana suami saya amat memahami biarpun dibanyak ketika dia sangat manja.Tak apa lah-siapa lagi yang ada keliling kita,kan?KEPADA ALLAH SAYA PANJATKAN SYUKUR KERANA MEMBERI TERLALU LEBIH DARI APA YANG SAYA IMPIKAN.    




Coretan :12 September 2011(Isnin)

Saturday, 20 August 2011

Kejutan Ramadhan-19 Ogos 2011

Sesungguhnya yang berlaku adalah diluar jangkaan hati.Allah taala mengatur segalanya dan ianya terjadi.KEJUTAN yang dibawakan memberi memori indah untuk hati yang sentiasa merinduiYA ALLAH besarnya rahmatmu kerana menjawab segala doaku untuk Ramadhan kali ini.Terima kasih suami ku yang sentiasa berkorban untuk kegembiraan hati ku.Ia nya tidak ternilai.Aku tidak pernah terfikir yang segala gurauan suami ku adalah gambaran "orang jauh akan bertandang".Tidak pernah terlintas namun pernah ada perasaan yang kebarangkalian aku akan menemui seseorang.ALLAHUAKBAR bagi seorang ibu biasa yang datang dari keluarga sederhana tidak lah ada gambaran yang luar dari jangkaan hati ini.SYUKUR Y ALLAH.Jumaat 19 Ogos ku lalui seperti lazimnya.Bila tiada aktiviti maka aku akan menjengok pokok bunga yang lama terbiar.Suami ku keluar awal dan katanya nak ke sekolah,kemudiannya mengambil dagaing di Bukit Yong dan katanya lepas itu nak ke airport.Tidak pula terfikir kenapa aku tidak diajaknya sebagaimana biasa.Tak apa lah.Itu biasa sangka ku.Satu jam kemudian aku mendengar deruan enjin kereta nya dan aku cepat-cepat ingin mengalihkan hos yang sedang aku gunakan.Bila kereta masuk saja perkarangan rumah-YA ALLAH tiadak terkata lah aku dengan apa yang aku lihat.ANAK KU NAJIHAH terpacul di depan mata ku.Ku peluk dan ku cium dia kerana dah tersangat rindu.Terima kasih suamiku atas hadiah di Ramadhan kali ini.


coretanku:21 Ogos 2011

Wednesday, 17 August 2011

Suratan atau Kebetulan(2)

Sejarah di SK Padang Luas sangat manis.Terutamanya ada Mama Hjh Siti Meriam yang sentiasa cantik dan tidak di makan usia.Mama sentiasa menjaga saya dengan penuh kasih sayang hingga lah sekarang.Mama sentiasa prihatin dengan kesihatan saya.Saya masih ingat bila saya balik  dari hospital selepas pembedahan,saya bertanya samaada saya boleh kirim untuk belikan kerusi yang ringan untuk sembahyang.Mama yang penyanyang ini terus datang petangnya kerumah saya untuk hadiahkan kerusi yang dia pakai.Saya sangat terharu.Kerusi itu la yang saya guna sepanjang tempoh saya berpantang ia itu 6 minggu.Saya doakan mama terus diberi kurniaan kesihatan yang baik olehNYA.Mama sentiasa ke Tanah Suci membawa jemaah.Mama selalu mengajak saya mengikuti pakejnya-YASKIN.Insyaallah satu hari yang baik saya akan mengikuti pakejnya.Saya suka dengar mama bercerita.Pengalamannya yang banyak dan jenakanya yang bersahaja.SAYA AKAN SENTIASA RINDUKAN MAMA.Saya hadir kr SK Pusat Jerteh atas permintaan jabatan.Saya takut pada mulanya untuk hadir ke sini.Namun suami saya memberi dorongan agr saya datang.katanya yang saya dah biasa d sekolah yang besar,jadi saya tidak akan menghadapi masalah.Saya terima dan hari saya dihantar ke SK Pusat Jerteh,orang pertama menyaambut saya ialah kawan baik saya Cg Norizan Abd Kadir.TERIMA KASIH ZAN.Sudah masuk tahun kesembilan saya di sini.Saya gembira dan bersyukur.Semuanya berjalan baik.  


Coretan saya:Hari ini 18 Ogos 2011.


Monday, 15 August 2011

Suratan atau Kebetulan

Banyak yang berlaku atas diri saya di sifatkan sebagai suratan atau kebetulan.Saya dilantik menjadi guru besar di usia 41.Saya bersyukur namun cabaran yang saya terima sangat besar.Saya diamanahkan mengepalai sekolah baru-SK Lubuk Kawah.Namun saya tetap bersyukur kerana kumpulan staf yang diberi memberi saya harapan untuk mencemerlangkan kurikulum.Dua tahun bekerja keras -kumpulan pertama keluaran SK Lubuk Kawah terhasil dengan 11 orang 5A.Dua tahun di situ saya ditawarkan DG34 ke SK Jabi.Saya  rasa saya perlu pergi walaupun suami saya membantah.Ada rasionalnya kerana dia bimbangkan keselamatan saya.jarak sekolah baru dengan rumah saya ialah 17 KM.Namun saya bertekad untuk pergi kerana peluang tidak datang dua kali.Tambah lagi Pekan Jabi ialah tempat saya dibesarkan.saya bersekolah di sana hingga darjah 4.Abah menjadi Guru Besar disana 11 tahun.Jadi saya mempunyai banyak kenangan di Jabi.Saya melalui jalan yang agak mencabar di SK Jabi.Saya berusaha sungguh untuk merubah kurikulum di situ.Saya bersyukur kerana ada Cg Yusaini yang memahami visi saya.Saya doakan Yusaini terus berbakti kepada bangsanya-walau di mana dia berada.MAY GOD BLESS U FOREVER.Dua tahun di SK Jabi saya diminta untuk menerajui SK Padang Luas.Sekolah Gred A yang besar dan mempunyai staf yang ramai.Mengendalikan sekolah dua sessi betul-betul mencabar saya.Saya mencuba lagi sedaya upaya merubah momentum sekolah untuk kecemerlangan.Di SK Padang Luas saya ada Mama Hjh Meriam,Hjh Zaidong,Hjh Shamsiah,Hjh Noraiha(Allahyarhamah),Norhasmah Yassin dan Che Sapipah.Namun ramai lagi yang lain yang sentiasa di hati saya.saya gembira semasa di SK Padang Luas dan saya tidak ada masalah di situ.Namun sebagai Penjawat Awam saya akur dengan pertukaran tempat kerja.Dua tahun berusaha meletakkan landasan sesuai untuk sekolah itu dan saya bersyukur saya sudah mencuba sebaik mungkin

Saturday, 13 August 2011

Ramadhan Yang Penuh Rahmat

Hari ini hari ke 14 Ramadhan.rahmatnya tidak dapat diri membayangkanya.Diri wajib bersyukur dengan segala rahmat ini-yang tidak terhitung.Saya bersolat isyak dan tarawih d masjid d mana abah menjadi Imam.Saya sentiasa rindukan suara lunaknya bila mengimani sembahyang.Saya juga dapat jumpa mama yang tidak pernah keletihan sembahyang 20 rakaat.Selepas pembedahan ni saya dikurniakan jiwa yang lebih kuat.Minda saya lebih positif-barangkali juga saya banyak bersyukur atas rahmat sihat ini.Suami saya sangat teruja bila tibanya ramadhan.Bulan yang menjanjikan pahala yang berganda,lebih-lebih lagi bagi yang menghayatinya.Suami sentiasa memikirkan apa lagi yang boleh dibuat untuk menambah kebaikan.Terkadang saya seronok melihat gelagatnya ,macam-macam resipi terpacul dari mulutnya.saya pula teruja memasak setiap hari bila berkesempatan.Saya seronok dengan saat itu.Saya doakan agar saya sihat sepanjang perjalanan Ramadhan ini agar saya dapat bersolat tarawih dengan penuh rahmat.YA ALLAH PANJANGKANLAH USIA KU UNTUK BERTEMU RAMADHAN LAGI.

Tuesday, 17 May 2011

Bersyukur Dengan Rahmat Allah

Tiada yang lebih diri ini syukuri dengan rahmat Allah yang terlalu luas.
10 bulan yang lalu saya menjalani pembedahan jantung-tukar injap.Alhamdulilah segalanya berjalan sempurna 
dengan rahmat Allah.
2 bulan selepas itu saya terpilih untuk menjadi jurucakap -mewakili Bahagian Besut di Perhimpunan Agung UMNO Malaysia.Saya sahut cabaran tu .Alhamdulilah dengan rahmat Allah ini dan doa kawan-kawan saya
melalui saat yang sungguh menerujakan.
9 bulan selepas pembedahan saya mengikuti Lawatan UMNO Bahagian saya ke London.Saya beryukur dengan rahmat Allah ini kerana peluang yang mungkin datang sekali seumur hidup.Saya berterima kasih kepada Ketua Bahagian saya YB DS Idris Jusoh dan Isteri serta semua Ahli YB dan Ahli Parlimen saya Dato Seri DR Abdullah Mat Zin yang menjadikan segala nya mungkin.
Saya bersyukur kerana perjalanan nya memberi banyak pengajaran dan melihat keajaiban bumi Allah yang maha luas.
10 hari balik dari London saya,suami ,abah dan mama saya terbang mengerjakan UMRAH dengan pakej yang menyenagkan hati kami ANDALUSIA TRAVEL AND TOURS.Saya terus bersyukur dengan rahmat Allah ini kerana hasrat untuk  terbang teruske Madinah-terkabul.Ini memendekkan perjalanan kami.
Tidak pernah sedetik saya merasa  yang saya tidak bersyukur dengan rahmat Allah yang maha Agung ini.
Kami di tempatkan d Hotel Durrat Al Fairoz-50 m dari Masjid Nabawi.Syukur.
Di Mekah kami D Hotel Abeer Garden yang dah sanagt kami kenali.Syukur.Mutawif nya baik dan makan nya sempurna.
Jadi nak apa lagi kan.Segalanya baik dan menerujakan.Kali ini saya sangat merasai nikmat berada d depan rumah Allah.Saya dapat sembahyang sunat depan pintu kaabah dan dapat berada dalam  Hijir Ismail.
TIDAK ADA LAGI NIKMAT NYA YANG SAYA RASA DENGAN RAHMAT ALLAH YANG AMAT BANYAK>SAYA BERSYUKUR SANGAT

Coretan,
Hari ini 18 Mei 2011
Rabu.SKPJ