Sambungan Perjalanan Ke Kuching
Masa d majlis tu datang la kawan kami Cg Hassan Bujang dan isterinya .Kami sama mengajar di SMK Muara Tuang,Semarahan.Banyaklah ceritanya.
Pukul 11 pagi pengantin diarak masuk.Cantik berseri dan sama cantik sama padan.Bermula la majlis rasmi -dimulai dengan uacapan dari tuan rumah-Cg Talip.Selepas ucapan acara merenjis oleh ibubapa kedua belah pihak.
Kira-kira pukul 12.30 kami beransur meninggalkan Dewan Hikmah,dihantar balik ke hotel oleh Dzun Nurin sekali lagi.Kali ini kami mohon dihantar ke Pengkalan Penambang.Setiap kali datang Kuching kami tidak melepaskan peluang untuk naik bot penambang.Bot yang dikayuh ini mengingatkan saya pada arwah datuk sebelah abah yang selalu mengajak cucu naik perahunya.Semasa saya di Sarawak pada tahun 1980han tambangnya cuma 30 sen.Kini dah naik 50 sen.
SEGALANYA SEGAR DI INGATAN.CEPATNYA MASA BERLALU.SDAH 28 TAHUN MENINGGALKAN BUMI KENYALANG.
Coretan pada Israk Mikraj 1433M bersamaan 17 Jun 2012.
Engku Naimah Engku Taib
Sunday, 17 June 2012
Monday, 11 June 2012
Kuching Tersemat Di hati Selamanya
3 Jun 2012 berlangsungnya acara penuh adat tradisi Sarawak di Dewan Hikmah.Kami tiba pukul 9.30 pagi di tempat kenduri dijemput oleh anak keempat Cg Talip-Dzun Nurin.Orang nya handsome dan manis sekali.
Sementara menanti tetamu memenuhi dewan dan ketibaan pasangan pengantin-tetamu dihiburkan oleh kumpulan bergendang.Kumpulan ini sanagt popular di Sarawak dan di anggotai oleh wanita-wanita veteren yang berusia lewat 60han.
3 Jun 2012 berlangsungnya acara penuh adat tradisi Sarawak di Dewan Hikmah.Kami tiba pukul 9.30 pagi di tempat kenduri dijemput oleh anak keempat Cg Talip-Dzun Nurin.Orang nya handsome dan manis sekali.
Sementara menanti tetamu memenuhi dewan dan ketibaan pasangan pengantin-tetamu dihiburkan oleh kumpulan bergendang.Kumpulan ini sanagt popular di Sarawak dan di anggotai oleh wanita-wanita veteren yang berusia lewat 60han.
Kuching Tersemat Di hati
Saya dan suami terbang ke Kuching pada 2 Jun 2012 memenuhi dua undangan perkahwinan.Satunya adik angkat yang kahwin kali kedua.
Duanya undangan teman baik kami yang pertama kali buat kenduri.Kedua-duanya sama penting tapi kami terlepas kegemilangan dan memori majlis adik angkat.kami tiba petang di Kuching dan majlis persandingan telah selesai.malamnya kami menjengok Ayah angkat di Lorong Mendu dan adik-adik yang berkumpul di situ.
Seronok sungguh bila disana sebab semua orang ada.Semua yang sudah sebati di hati dan jiwa kami.
Malam tu kami bersembang ramai-ramai dan selepas itu saya balik ke hotel untuk pergi pulak rumah kawan baik Cg Talip dan Cg Dayang Kamsiah.Malangnya malam tu hujan dan terpaksalah kami tunda program untu naik penambang ke seberang.
Cg Talip datang menjemput kami dan terus ke Dewan Hikmah tempat akan berlansungnya acara esok hari.Persiapan rapi dibuat dan kemeriahannya terasa.Nampak keletihan suami isteri tu nak menyambut menantu baru.Dari dewan kami dibawa kerumahnya untuk makan malam.Makan malam kami pukul 11 malam.Banyak pulak lauk yang disediakan-alhamdulillah.TERIMA KASIH TALIP DAN DAYANG.
Saya dan suami terbang ke Kuching pada 2 Jun 2012 memenuhi dua undangan perkahwinan.Satunya adik angkat yang kahwin kali kedua.
Duanya undangan teman baik kami yang pertama kali buat kenduri.Kedua-duanya sama penting tapi kami terlepas kegemilangan dan memori majlis adik angkat.kami tiba petang di Kuching dan majlis persandingan telah selesai.malamnya kami menjengok Ayah angkat di Lorong Mendu dan adik-adik yang berkumpul di situ.
Seronok sungguh bila disana sebab semua orang ada.Semua yang sudah sebati di hati dan jiwa kami.
Malam tu kami bersembang ramai-ramai dan selepas itu saya balik ke hotel untuk pergi pulak rumah kawan baik Cg Talip dan Cg Dayang Kamsiah.Malangnya malam tu hujan dan terpaksalah kami tunda program untu naik penambang ke seberang.
Cg Talip datang menjemput kami dan terus ke Dewan Hikmah tempat akan berlansungnya acara esok hari.Persiapan rapi dibuat dan kemeriahannya terasa.Nampak keletihan suami isteri tu nak menyambut menantu baru.Dari dewan kami dibawa kerumahnya untuk makan malam.Makan malam kami pukul 11 malam.Banyak pulak lauk yang disediakan-alhamdulillah.TERIMA KASIH TALIP DAN DAYANG.
Sunday, 11 September 2011
Rindu Lagi
Ramadhan dah berlalu dan Syawal sudah hampir pertengahan.Sibuk di bulan Ramadhan dan kemeriahan menanti Syawal sudah berlalu.Kini saya rindu lagi.Saya dan suami seronok menanti anak-anak balik beraya dan kini rumah kembali lengang.Hari keenam Syawal anak ketiga Noor Hakimah balik ke Perlis.Dia memandu ditemani kawan-kawan.Hati saya tidak lah risau sangat,namun perjalanan yang panjang dan memenatkan.Bila dia dah sampai hati pun lega.Hari ketujuh Syawal anak bongsu saya Najib balik ke kampus di UiTM Machang.Jaraknya tidak lah jauh.Kali ini dia mohon untuk bawa kereta Kancil Merah Jambu.Bila ditawarkan dulu dia bermati-matian tidak mahu bawa.Katanya tidak macho la dan macam-macam.Dia sangat manja dan hati saya mula bertambah rindunya.Sepuluh Syawal anak keempat saya akan balik ke Wellington.Kejutan bulan puasa dulu begitu cepat dan dia akan kembali semula menyambung pengajian.bertimbun lah rindu saya yang tidak berpenghujung.Kami hantar dia ke airport KB.Hati berbaur sayu cuma kali ini saya tidak menangis.Saya melihat dia dengan kematangan.Namu hati saya ditimbuni rindu yang menggunung.Saya doakan perjalannya dirahmati Allah dan selamat sampai.Bila dia sms sampai ke Chrischuch saya dah tidak risau sangat.Kini saya ada anak sulung dan kedua dirumah.Saya rasa seronok keran kesunyian kami masih boleh dibendung.Saya tahu yang anak kedua saya tu-Nurul Bazilah terlalu bosan sangat dengan masa terluang yang melimpah ruah.Saya seronok dia ada dikeliling saya.Nanti apabila dah bekerja sukarlah saya untuk mempunyai masa bersamanya.sata syukuri hidup ini kerana suami saya amat memahami biarpun dibanyak ketika dia sangat manja.Tak apa lah-siapa lagi yang ada keliling kita,kan?KEPADA ALLAH SAYA PANJATKAN SYUKUR KERANA MEMBERI TERLALU LEBIH DARI APA YANG SAYA IMPIKAN.
Coretan :12 September 2011(Isnin)
Saturday, 20 August 2011
Kejutan Ramadhan-19 Ogos 2011
Sesungguhnya yang berlaku adalah diluar jangkaan hati.Allah taala mengatur segalanya dan ianya terjadi.KEJUTAN yang dibawakan memberi memori indah untuk hati yang sentiasa merinduiYA ALLAH besarnya rahmatmu kerana menjawab segala doaku untuk Ramadhan kali ini.Terima kasih suami ku yang sentiasa berkorban untuk kegembiraan hati ku.Ia nya tidak ternilai.Aku tidak pernah terfikir yang segala gurauan suami ku adalah gambaran "orang jauh akan bertandang".Tidak pernah terlintas namun pernah ada perasaan yang kebarangkalian aku akan menemui seseorang.ALLAHUAKBAR bagi seorang ibu biasa yang datang dari keluarga sederhana tidak lah ada gambaran yang luar dari jangkaan hati ini.SYUKUR Y ALLAH.Jumaat 19 Ogos ku lalui seperti lazimnya.Bila tiada aktiviti maka aku akan menjengok pokok bunga yang lama terbiar.Suami ku keluar awal dan katanya nak ke sekolah,kemudiannya mengambil dagaing di Bukit Yong dan katanya lepas itu nak ke airport.Tidak pula terfikir kenapa aku tidak diajaknya sebagaimana biasa.Tak apa lah.Itu biasa sangka ku.Satu jam kemudian aku mendengar deruan enjin kereta nya dan aku cepat-cepat ingin mengalihkan hos yang sedang aku gunakan.Bila kereta masuk saja perkarangan rumah-YA ALLAH tiadak terkata lah aku dengan apa yang aku lihat.ANAK KU NAJIHAH terpacul di depan mata ku.Ku peluk dan ku cium dia kerana dah tersangat rindu.Terima kasih suamiku atas hadiah di Ramadhan kali ini.
coretanku:21 Ogos 2011
Wednesday, 17 August 2011
Suratan atau Kebetulan(2)
Sejarah di SK Padang Luas sangat manis.Terutamanya ada Mama Hjh Siti Meriam yang sentiasa cantik dan tidak di makan usia.Mama sentiasa menjaga saya dengan penuh kasih sayang hingga lah sekarang.Mama sentiasa prihatin dengan kesihatan saya.Saya masih ingat bila saya balik dari hospital selepas pembedahan,saya bertanya samaada saya boleh kirim untuk belikan kerusi yang ringan untuk sembahyang.Mama yang penyanyang ini terus datang petangnya kerumah saya untuk hadiahkan kerusi yang dia pakai.Saya sangat terharu.Kerusi itu la yang saya guna sepanjang tempoh saya berpantang ia itu 6 minggu.Saya doakan mama terus diberi kurniaan kesihatan yang baik olehNYA.Mama sentiasa ke Tanah Suci membawa jemaah.Mama selalu mengajak saya mengikuti pakejnya-YASKIN.Insyaallah satu hari yang baik saya akan mengikuti pakejnya.Saya suka dengar mama bercerita.Pengalamannya yang banyak dan jenakanya yang bersahaja.SAYA AKAN SENTIASA RINDUKAN MAMA.Saya hadir kr SK Pusat Jerteh atas permintaan jabatan.Saya takut pada mulanya untuk hadir ke sini.Namun suami saya memberi dorongan agr saya datang.katanya yang saya dah biasa d sekolah yang besar,jadi saya tidak akan menghadapi masalah.Saya terima dan hari saya dihantar ke SK Pusat Jerteh,orang pertama menyaambut saya ialah kawan baik saya Cg Norizan Abd Kadir.TERIMA KASIH ZAN.Sudah masuk tahun kesembilan saya di sini.Saya gembira dan bersyukur.Semuanya berjalan baik.
Coretan saya:Hari ini 18 Ogos 2011.
Monday, 15 August 2011
Suratan atau Kebetulan
Banyak yang berlaku atas diri saya di sifatkan sebagai suratan atau kebetulan.Saya dilantik menjadi guru besar di usia 41.Saya bersyukur namun cabaran yang saya terima sangat besar.Saya diamanahkan mengepalai sekolah baru-SK Lubuk Kawah.Namun saya tetap bersyukur kerana kumpulan staf yang diberi memberi saya harapan untuk mencemerlangkan kurikulum.Dua tahun bekerja keras -kumpulan pertama keluaran SK Lubuk Kawah terhasil dengan 11 orang 5A.Dua tahun di situ saya ditawarkan DG34 ke SK Jabi.Saya rasa saya perlu pergi walaupun suami saya membantah.Ada rasionalnya kerana dia bimbangkan keselamatan saya.jarak sekolah baru dengan rumah saya ialah 17 KM.Namun saya bertekad untuk pergi kerana peluang tidak datang dua kali.Tambah lagi Pekan Jabi ialah tempat saya dibesarkan.saya bersekolah di sana hingga darjah 4.Abah menjadi Guru Besar disana 11 tahun.Jadi saya mempunyai banyak kenangan di Jabi.Saya melalui jalan yang agak mencabar di SK Jabi.Saya berusaha sungguh untuk merubah kurikulum di situ.Saya bersyukur kerana ada Cg Yusaini yang memahami visi saya.Saya doakan Yusaini terus berbakti kepada bangsanya-walau di mana dia berada.MAY GOD BLESS U FOREVER.Dua tahun di SK Jabi saya diminta untuk menerajui SK Padang Luas.Sekolah Gred A yang besar dan mempunyai staf yang ramai.Mengendalikan sekolah dua sessi betul-betul mencabar saya.Saya mencuba lagi sedaya upaya merubah momentum sekolah untuk kecemerlangan.Di SK Padang Luas saya ada Mama Hjh Meriam,Hjh Zaidong,Hjh Shamsiah,Hjh Noraiha(Allahyarhamah),Norhasmah Yassin dan Che Sapipah.Namun ramai lagi yang lain yang sentiasa di hati saya.saya gembira semasa di SK Padang Luas dan saya tidak ada masalah di situ.Namun sebagai Penjawat Awam saya akur dengan pertukaran tempat kerja.Dua tahun berusaha meletakkan landasan sesuai untuk sekolah itu dan saya bersyukur saya sudah mencuba sebaik mungkin
Subscribe to:
Comments (Atom)