Monday, 15 August 2011

Suratan atau Kebetulan

Banyak yang berlaku atas diri saya di sifatkan sebagai suratan atau kebetulan.Saya dilantik menjadi guru besar di usia 41.Saya bersyukur namun cabaran yang saya terima sangat besar.Saya diamanahkan mengepalai sekolah baru-SK Lubuk Kawah.Namun saya tetap bersyukur kerana kumpulan staf yang diberi memberi saya harapan untuk mencemerlangkan kurikulum.Dua tahun bekerja keras -kumpulan pertama keluaran SK Lubuk Kawah terhasil dengan 11 orang 5A.Dua tahun di situ saya ditawarkan DG34 ke SK Jabi.Saya  rasa saya perlu pergi walaupun suami saya membantah.Ada rasionalnya kerana dia bimbangkan keselamatan saya.jarak sekolah baru dengan rumah saya ialah 17 KM.Namun saya bertekad untuk pergi kerana peluang tidak datang dua kali.Tambah lagi Pekan Jabi ialah tempat saya dibesarkan.saya bersekolah di sana hingga darjah 4.Abah menjadi Guru Besar disana 11 tahun.Jadi saya mempunyai banyak kenangan di Jabi.Saya melalui jalan yang agak mencabar di SK Jabi.Saya berusaha sungguh untuk merubah kurikulum di situ.Saya bersyukur kerana ada Cg Yusaini yang memahami visi saya.Saya doakan Yusaini terus berbakti kepada bangsanya-walau di mana dia berada.MAY GOD BLESS U FOREVER.Dua tahun di SK Jabi saya diminta untuk menerajui SK Padang Luas.Sekolah Gred A yang besar dan mempunyai staf yang ramai.Mengendalikan sekolah dua sessi betul-betul mencabar saya.Saya mencuba lagi sedaya upaya merubah momentum sekolah untuk kecemerlangan.Di SK Padang Luas saya ada Mama Hjh Meriam,Hjh Zaidong,Hjh Shamsiah,Hjh Noraiha(Allahyarhamah),Norhasmah Yassin dan Che Sapipah.Namun ramai lagi yang lain yang sentiasa di hati saya.saya gembira semasa di SK Padang Luas dan saya tidak ada masalah di situ.Namun sebagai Penjawat Awam saya akur dengan pertukaran tempat kerja.Dua tahun berusaha meletakkan landasan sesuai untuk sekolah itu dan saya bersyukur saya sudah mencuba sebaik mungkin

No comments:

Post a Comment