Sambungan Perjalanan Ke Kuching
Masa d majlis tu datang la kawan kami Cg Hassan Bujang dan isterinya .Kami sama mengajar di SMK Muara Tuang,Semarahan.Banyaklah ceritanya.
Pukul 11 pagi pengantin diarak masuk.Cantik berseri dan sama cantik sama padan.Bermula la majlis rasmi -dimulai dengan uacapan dari tuan rumah-Cg Talip.Selepas ucapan acara merenjis oleh ibubapa kedua belah pihak.
Kira-kira pukul 12.30 kami beransur meninggalkan Dewan Hikmah,dihantar balik ke hotel oleh Dzun Nurin sekali lagi.Kali ini kami mohon dihantar ke Pengkalan Penambang.Setiap kali datang Kuching kami tidak melepaskan peluang untuk naik bot penambang.Bot yang dikayuh ini mengingatkan saya pada arwah datuk sebelah abah yang selalu mengajak cucu naik perahunya.Semasa saya di Sarawak pada tahun 1980han tambangnya cuma 30 sen.Kini dah naik 50 sen.
SEGALANYA SEGAR DI INGATAN.CEPATNYA MASA BERLALU.SDAH 28 TAHUN MENINGGALKAN BUMI KENYALANG.
Coretan pada Israk Mikraj 1433M bersamaan 17 Jun 2012.
Sunday, 17 June 2012
Monday, 11 June 2012
Kuching Tersemat Di hati Selamanya
3 Jun 2012 berlangsungnya acara penuh adat tradisi Sarawak di Dewan Hikmah.Kami tiba pukul 9.30 pagi di tempat kenduri dijemput oleh anak keempat Cg Talip-Dzun Nurin.Orang nya handsome dan manis sekali.
Sementara menanti tetamu memenuhi dewan dan ketibaan pasangan pengantin-tetamu dihiburkan oleh kumpulan bergendang.Kumpulan ini sanagt popular di Sarawak dan di anggotai oleh wanita-wanita veteren yang berusia lewat 60han.

Kuching Tersemat Di hati
Saya dan suami terbang ke Kuching pada 2 Jun 2012 memenuhi dua undangan perkahwinan.Satunya adik angkat yang kahwin kali kedua.
Duanya undangan teman baik kami yang pertama kali buat kenduri.Kedua-duanya sama penting tapi kami terlepas kegemilangan dan memori majlis adik angkat.kami tiba petang di Kuching dan majlis persandingan telah selesai.malamnya kami menjengok Ayah angkat di Lorong Mendu dan adik-adik yang berkumpul di situ.
Seronok sungguh bila disana sebab semua orang ada.Semua yang sudah sebati di hati dan jiwa kami.
Malam tu kami bersembang ramai-ramai dan selepas itu saya balik ke hotel untuk pergi pulak rumah kawan baik Cg Talip dan Cg Dayang Kamsiah.Malangnya malam tu hujan dan terpaksalah kami tunda program untu naik penambang ke seberang.
Cg Talip datang menjemput kami dan terus ke Dewan Hikmah tempat akan berlansungnya acara esok hari.Persiapan rapi dibuat dan kemeriahannya terasa.Nampak keletihan suami isteri tu nak menyambut menantu baru.Dari dewan kami dibawa kerumahnya untuk makan malam.Makan malam kami pukul 11 malam.Banyak pulak lauk yang disediakan-alhamdulillah.TERIMA KASIH TALIP DAN DAYANG.

Subscribe to:
Comments (Atom)