Kuching Tersemat Di hati
Saya dan suami terbang ke Kuching pada 2 Jun 2012 memenuhi dua undangan perkahwinan.Satunya adik angkat yang kahwin kali kedua.
Duanya undangan teman baik kami yang pertama kali buat kenduri.Kedua-duanya sama penting tapi kami terlepas kegemilangan dan memori majlis adik angkat.kami tiba petang di Kuching dan majlis persandingan telah selesai.malamnya kami menjengok Ayah angkat di Lorong Mendu dan adik-adik yang berkumpul di situ.
Seronok sungguh bila disana sebab semua orang ada.Semua yang sudah sebati di hati dan jiwa kami.
Malam tu kami bersembang ramai-ramai dan selepas itu saya balik ke hotel untuk pergi pulak rumah kawan baik Cg Talip dan Cg Dayang Kamsiah.Malangnya malam tu hujan dan terpaksalah kami tunda program untu naik penambang ke seberang.
Cg Talip datang menjemput kami dan terus ke Dewan Hikmah tempat akan berlansungnya acara esok hari.Persiapan rapi dibuat dan kemeriahannya terasa.Nampak keletihan suami isteri tu nak menyambut menantu baru.Dari dewan kami dibawa kerumahnya untuk makan malam.Makan malam kami pukul 11 malam.Banyak pulak lauk yang disediakan-alhamdulillah.TERIMA KASIH TALIP DAN DAYANG.
No comments:
Post a Comment