Sunday, 17 June 2012

Sambungan Perjalanan Ke Kuching
Masa d majlis tu datang la kawan kami Cg Hassan Bujang dan isterinya .Kami sama mengajar di SMK Muara Tuang,Semarahan.Banyaklah ceritanya.
Pukul 11 pagi pengantin diarak masuk.Cantik berseri dan sama cantik sama padan.Bermula la majlis rasmi -dimulai dengan uacapan dari tuan rumah-Cg Talip.Selepas ucapan acara merenjis oleh ibubapa kedua belah pihak.
Kira-kira pukul 12.30 kami beransur meninggalkan Dewan Hikmah,dihantar balik ke hotel oleh Dzun Nurin sekali lagi.Kali ini kami mohon dihantar ke Pengkalan Penambang.Setiap kali datang Kuching kami tidak melepaskan peluang untuk naik bot penambang.Bot yang dikayuh ini mengingatkan saya pada arwah datuk sebelah abah yang selalu mengajak cucu naik perahunya.Semasa saya di Sarawak pada tahun 1980han tambangnya cuma 30 sen.Kini dah naik 50 sen.
SEGALANYA SEGAR DI INGATAN.CEPATNYA MASA BERLALU.SDAH 28 TAHUN MENINGGALKAN BUMI KENYALANG.



Coretan pada Israk Mikraj 1433M bersamaan 17 Jun 2012.

No comments:

Post a Comment